Mengenai Saya

Foto saya
purwodadi, jawa tengah

Kamis, 14 Mei 2009

MUTIARA

Bismillahirrahmanirrahiim
Kami sajikan kepada anda 'Mutiara Hikmah' yang berisi untaian kata berhikmah, merupakan petunjuk atau nasihat yang berupa Hadits Rasullulah saw atau ajaran yang bersumber dari kitab Al Qur'an.
Semoga dapat menerangi kegelapan dan kekaburan pandangan dalam menjalani hidup dialam fana ini. Amien
"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, bepergian sampai jarak sehari semalam, kecuali ia bersama-sama mahramnya". Dalam suatu riwayat disebutkan : "Perjalanan semalam, kecuali ia bersama-sama dengan seorang laki-laki yang mempunyai (hubungan) mahram dengannya". (HR. Bukhari, Muslim dan lainnya)
"Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, pergi selama tigahari atau lebih, kecuali dia bersama-sama dengan ayahnya atau saudaranya atau suaminya atau puteranya atau anak laki-lakinya atau bersama-sama mahramnya" (HR Bukhari dan Muslim)
775 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Jangan sekali-kali seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita melainkan bersama mahramnya dan janganlah seorang wanita musafir melainkan bersama mahramnya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah! Isteriku telah keluar untuk mengerjakan ibadat Haji sedangkan aku wajib mengikuti beberapa peperangan. Baginda bersabda: Berangkatlah kamu untuk mengerjakan Haji bersama isterimu (HR. Bukhari - Muslim)
781 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Ibadat Umrah hingga ibadat Umrah berikutnya adalah kifarat dosa di antara keduanya. Manakala ibadah Haji yang Mabrur iaitu Haji yang diterima, tiada ganjarannya selain dari Syurga (HR Bukhari - Muslim)
49 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya: Apakah amalan yang paling utama? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah. Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah iaitu berjuang pada jalan Allah dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima (Bukhari - Muslim)
490 Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w selalu keluar pada Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Hari Raya Puasa (Aidilfitri). Baginda memulai dengan sembahyang. Setelah selesai sembahyang dan memberi salam, baginda berdiri menghadap orang ramai yang masih duduk di tempat sembahyang mereka masing-masing. Jika baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, baginda tuturkannya kepada orang-ramai ataupun ada keperluan lain, maka baginda akan membuat perintah kepada kaum muslimin. Baginda pernah bersabda dalam salah satu khutbahnya pada Hari Raya: Bersedekahlah kamu! Bersedekahlah! Bersedekahlah! Kebanyakkan yang memberi sedekah adalah kaum wanita. Kemudian baginda beredar (HR. Bukhari - Muslim)
718 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada seorang wanita dari kaum Ansar tetapi aku terlupa nama wanita tersebut sebagaimana yang diberitahu oleh Ibnu Abbas. Baginda bersabda: Apakah yang menghalang kamu dari mengerjakan ibadat Haji bersamaku? Wanita itu menjawab: Sebenarnya tidak ada halangan bagi kami, cuma kami hanya mempunyai dua ekor unta. Suami dan anakku telah pergi mengerjakan Haji dengan seekor unta. Tinggallah kepada kami seekor unta untuk mengangkat air. Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan pergilah mengerjakan Umrah kerana mengerjakan Umrah pada bulan tersebut pahalanya sama dengan mengerjakan Haji (HR Bukhari - Muslim)
769 Diriwayatkan daripada al-Fadhli r.a katanya: Seorang wanita dari daerah Khath'am pernah bertanya: Wahai Rasulullah! Ayahku telah lanjut usia dan telah diwajibkan ke atasnya untuk menunaikan Haji, sedangkan dia tidak mampu bertahan di atas belakang untanya. Nabi s.a.w bersabda: Kamu tunaikanlah Haji sebagai gantinya (HR Bukhari - Muslim).
770 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah? Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan tidak ada persefahaman dengan Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah!

HASIL PENILAIAN AKHIR SEMESTER 6 KELAS 9 MTs AL FALAH TOROH TAHUN PELAJARAN 2021-2022

 Hasil Penilaian Akhir  Semester 6 bagi kelas 9 MTs Al Falah Depok Toroh dapat dilihat di link berikut :  Bahasa Indonesia  lihat Al Qur...